Selak Blog

Thursday 17 November 2011

5 Tip Buat Suami Isteri Berjauhan

Entry kali ini sangat 'kena' dengan situasi saya kerana sejak dari hari pertama selepas majlis perkahwinan, saya dan suami memang tinggal berjauhan, 350km away jaraknya!

Walaupun sememangnya saya jenis independent tapi ada juga sekali sekala terbit pemikiran alangkah baiknya kalau dapat tinggal bersama waktu ini. Tapi nak buat macam mana, tuntutan kerja menyebabkan ramai pasangan suami isteri yang baru berkahwin sekarang terpaksa duduk berjauhan. Alahai..

Apa pun, saya dah 6 bulan menjalani kehidupan sebagai isteri & bakal ibu yang tinggal berjauhan dengan suami. Paling mencabar adalah ketika saya disahkan hamil dan mula alami alahan. Menitis juga air mata kerana waktu saya mula alahan kebetulan jatuh pada bulan puasa. Sudahlah buka puasa pun kadang kala seorang diri, muntah, loya dan pening pun semuanya tanggung sendiri, apetah lagi mahu bermanja-manja. Inilah dugaan dan cabaran yang sebenarnya benar-benar menguji kita sebagai isteri, tambahan kita juga punya tanggungjawab yang besar pula di tempat kerja.

Apapun saya ada mengamalkan beberapa tips berjauhan yang membolehkan saya 'kuat' sehingga ke saat ini.

TIPS 1
Hindari pemikiran yang bukan-bukan terhadap pasangan. Ini tersangat penting, sebab rasa percaya terhadap pasangan akan membuatkan kita rasa tenteram untuk meneruskan kehidupan seorang diri walaupun telah bergelar isteri. Bagaimana mahu emosi stabil kalau kita sentiasa membayangkan suami atau isteri berfoya-foya nun jauh di sana? Walaupun anda seorang yang 'jeles' sekalipun (tak salah :D), mesti tanamkan rasa percaya pada pasangan dan berazam mahu mulakan kehidupan rumahtangga yang aman dan bahagia.

Jika sukar untuk hindari pemikiran bukan-bukan, anda boleh develop hobi untuk elakkan mempunyai masa lapang untuk berfikiran bukan-bukan. Biasalah, bisikan syaitan tu lebih kuat bila dah berkahwin ni :). Anda boleh bina hobi bersukan, blogging, buat bisnes online (bagus ni!), hadiri kelas agama di masjid, pergi ke spa atau apa sahaja yang anda rasa anda minat.

Kalau tak ada satu pun yang anda suka, anda boleh cari kehidupan sosial lain (yang halal semestinya) seperti lepak di rumah kawan main PS3, atau bershopping dengan sepupu yang tinggal berdekatan (kalau ada atau siapa-siapa pun boleh!).

Macam saya, saya suka hiking dan pergi ke spa ;) Ohh, blogging juga!

TIPS 2
Komunikasi melalui medium alternatif. Yang ini dah tentu ramai yang dah expert. Waktu ini dah terlalu banyak medium untuk berkomunikasi seperti VOIP, video call, telefon, dan chat service.

Video call pun sekarang dah murah. Saya dan suami ambil pakej Digi Friends & Family (bukan nak promote ye!) dengan komitment RM80 sebulan yang membolehkan kami buat phone call, MMS, SMS dan video call sesama sendiri tanpa had! Ohh terbaru saya dah tukar pakej saya untuk tambah packet data rate dengan komitmen RM68 sebulan. Saya tak pasti tentang telco operator lain, tapi terpulang masing-masinglah nak pilih pakej mana.

VOIP dan video call over IP pun dah berlambak-lambak. Kalau anda tinggal di benua lain sekalipun, talian Internet memang satu-satunya penyelamat! Ada Yahoo Messenger, Skype, Facebook Video Conference, dan bermacal-macam lagi yang saya pun dah tak catch up. Dalam Android market tu, entah apa-apa application yang anda boleh download & install yang memberi service untuk free voice dan video call over IP. Yang penting, anda mesti ada line Internet lah :) Sekurang-kurangnya dengan kelajuan 2 MBps untuk tak buat anda naik 'hangin' hehe.

Bila dah ada semua medium ini, pakailah cantik-cantik dan handsome-handsome untuk dilihat suami atau isteri anda. Sama-samalah update cerita masing-masing dan anggap pasangan anda ibarat best fren anda. Kalau ada luahan sekalipun, tak salah untuk menangis walaupun depan laptop!

TIPS 3
Kuatkan semangat apabila bersendirian. Bukannya setiap masa anda boleh bercakap atau berhubung dengan pasangan anda yang jauh. Apabila bersendirian, mesti kuatkan semangat dan belajar berdikari. Saya sangat memahami bila semuanya anda perlu lakukan bersendirian sedangkan sebelum kahwin anda impikan yang indah-indah.

Satu perkara yang saya sentiasa ingat adalah berfikir bahawa ada orang yang lebih kurang bernasib baik dari kita. Misalnya dalam situasi saya ini, ada kawan saya yang tinggal di UK dan terpaksa membesarkan anak bersendirian sambil menyambung pengajian. Terpaksa hantar dan ambil anak ke nursery setiap hari dan berhadapan cuaca sejuk semasa winter. Merantau di negara orang tidaklah semudah yang kita sangka.

Ada juga rakan suami saya yang isterinya sehingga bersalin pun suami masih tak dapat berpindah dekat dengan isteri. Jadi, secara automatik saya berasa 'malu' untuk mengeluh tentang keadaan diri saya biarpun saya hamil. Masing-masing punya dugaan tersendiri dalam kehidupan, tak perlu kita rasa sedih dengan keadaan diri kita sebaliknya harus bersyukur kerana ada orang yang menjalani kehidupan yang lebih sukar dari diri kita.

TIPS 4
Usahakan bertemu pasangan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Walaupun ada medium lain tapi berjumpa depan-depan dah tentulah berbeza. Kalau kerap sangat pun nanti anda sendiri yang penat berulang alik dan maklum sajalah, di awal perkahwinan ni ekonomi keluarga masih belum mantap. Besar juga modalnya kalau nak berjumpa selalu tu! Sebulan sekali tu dah kira okay, tapi bagi saya jarak dua minggu lebih sesuai, bergantung pada kemampuan, masa dan keadaan. Kalau seorang di Malaysia, seorang di Vietnam, agak mustahil lah kan.

TIPS 5
Bila dah bertemu, buatlah aktiviti yang jarang-jarang dapat anda lakukan jika bersama orang lain. Yang ini terpulang masing-masing. Saya biasanya ambil peluang ini untuk bermanja dan dimanjakan.

Tapi sebenarnya buat aktiviti apa pun, ianya lebih bermakna bila kita lakukan bersama orang yang kita sayangi walaupun cuma makan bersama. Betul tak? Hehe..


Pendapat saya, sebenarnya berjauhan ni lebih dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri sebab lepas berjumpa dan masing-masing terpaksa 'berpisah' lagi, perasaan rindu tu lebih membuak-buak. Tapi bukan bermakna saya nak tinggal berjauhan selama-lamanya. Semoga tak lama lagi berita gembira bakal didengar!

2 comments:

  1. saya pun dulu PJJ (percintaan jarak jauh) juga ketika belajar...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sila beri respon anda pada entry ini :)